BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
hello hello ~ Dtg ke blog nieyh ngan heppy Oke ! Lau ta boleh la bla ~ No COPPYCAT ey ! Tamoo ta sukehh . . lau dAa dtang pndai la follow n like Oke ! Semua isi kndungan at dlam blog nieyh sume dri sumber idea aku ! n post2 yg aku post at blog nie sume psal perasaan aku dan emosi aku ! So kalau terse lantak korg la ! Oke! Assalamualaikum ~

Thursday 20 October 2011

Assalamualaikum. "Hijjab". atau lebih dikenali sebagai Tudung ini adalah wajib dipakai oleh setiap wanita islam. Tetapi segelintir Remaja wanita terutamanya bersikap sambil lewa sahaja mengenai kewajipan memakai tudung. Ada yang mengatakan memakai tudung ini adalah suatu yang sia-sia dan ada juga yang mengatakan memakai tudung menyebabkan agama Islam makin Mundur. Penyataan ini adalah tidak benar. Memakai tudung dapat menjauhkan diri seorang wanita daripada diperkosa. Contohnya memakai tudung labuh dapat menutup dada hadapan daripada menaikan nafsu lelaki.Hal ini terbukti ianya bukan perkara yang sia-sia.

Terbukti di dalam Al-Quran yang mengatakan wajib menutuf aurat di dalam surah An Nur Ayat 31 yang bermadsud :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka;


selain itu. Rasuallah juga ada Bersabda ketika Asma' binti Abu Bakar mengunjungi Rasullah dengan pakaian yang agak nipis :


"wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh(haid) maka tidak boleh baginya menampakan bahagian ini dan ini," baginda menunjukan tanganya ke wajah dan telapak tanganya. [Hadith Riwayat Abu Daud]


Jelas terbukti bahawa memakai tudung itu wajib. Tidaklah salah jika memakai tudung cantik dan berfeshen,tetapi haruslah menutup aurat. Ada segelintir remaja yang memakai tudung dan mengikut perintah allah,tetapi memakai Legging dan pakai pakaian yang ketat-ketat.


Masalah "susah pakai" tudung dan "panas" itu adalah akibat sudah biasa free hair bertahun-tahun dan tidak didorong sejak sekolah dan baligh. jika dinasihatkan pakai tudung keluarlah ayat-ayat PEDAS dan ALASAN BASI sebegini :


-"alaaahh..kalau pakai tudung pon bukan tentu masuk syurga pon. Kalau orang yang bertudung labuh tetapi hati busuk mengumpat orang buat apa.? walaupun saya tidak pakai tudung,saya solat 5waktu dan puasa tak tinggal.


-" Allah tidak meliaht luaran seseorang!! Allah melihat amalan dan hati mereka!!"


-"Walaupun kami tak pakai tudung, kami solat. baik dari pakai tudung tapi tak solat.


apabila dinasihat jangan pakai ketat :


-"Sorryy...!!! macamlah awak tuh baik sangat nak nasihat orang? awak dah tentu masuk syurga ke? kalau
tak diam!"


-"Kami pakai ketat-ketat pon kami tetap pakai tudung...Apa salahnya??"


Kepada wanita-wanita yang membangkang pemakaian tudung ini alasan sebegini telah basi...Janganlah menukar perkara wajib menjadi tidak wajib. Allah telah menetapkan perkara itu wajib dan janganlah anda menukarkanya.

0 comments: